Wednesday, 28 February 2018

Resepi Donut Gebu sukatan Cawan

Sebenarnya donut ni Esya buat semalam dengan Ana. Esya yang paksa Ana ajar buat donut gebus ni. Sebab aritu punyalah teringin nak makan donut yang Ana buat sedangkan Ana dekat Perak time tu,Esya wasap Ana minta resepi donut dia.

Punyalah konfiden iolls ni pon buat lah. Masalahnya Ana lambat sangat reply wasap so Esya pon guna Mr. Google la. Sekali resepi tu tak lengkap. Esya pon bantai buat² pandai masukkan air sejuk dengan banyaknya. Kemain konfiden kau Sya. Korang tahu doh tu jadi apa?? Jadi lembik sesangat dek kerana keangkuhan dan kesombongan ku. Sebabku derhaka dengan resepi sama.


Gelabah punya pasal, sebab dia lembik Esya pon tutup lah doh tu sambil² tunggu Ana reply wasap. Ya ampun minah ni memang susah nak reply wasap. Sabar jelah dapat adik gini. Ting. Ting. Ting. Dapat je wasap Ana cakap letak je tepung sampai dia tak melekat dia tangan. Iolls pon ikut perintah sajo. Buat apa yang disuruh dan tak mau derhaka pada resepi dah. Finally ia menjadiii. Rasa terharu sangat sebab first time buat donut and it taste good. Rasa bangga dengan diri sendiri. Ehhh riak balik dah.


Esya memang suka gilaaa donut yang Ana buat. Compare dengan Dunkin Donut or Big Apple Esya suka donut yang Ana buat lagi. Maybe sebab makan panas² lagi kot.
Sumpah kalau korang rasa donut ni korang akan rasa bangga sangat sebab dapat makan donut sedap sangatttt. Gigit je donut yang gebu dan masih panas tu korang akan rasa puas. Dengan gula yang cair di mulut lepastu kunyah donut yang gebu lepastu terpercik keluar coklat yang lemak manis memang membangkitkan selera betul.


So sini Esya nak share resepi Donut Gebu yang simple guna sukatan cawan je.

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 1/2 cawan air suam
1/2 paket yis
3 sudu besar gula.

Cara-caranya:
Campurkan yis, gula, susu dan air suam lepastu kacau. Then biarkan dalam 15-30 minit atau sehingga kembang.

Dalam bekas lain masukkan marjerin dan tepung. Gaul rata. Selapas rata,masukkan campuran yis tadi ke dalam bekas tepung tu. Gaul rata semua bahan sehingga menjadi doh.

 Kalau nak senang kacau sehingga doh tak melekat kat tangan.
Rehatkan doh selama sejam lepastu bolehlah bentukkan doh dan goreng.


Korang boleh letak inti kesukaan masing² dalam donut tu. Macam sya suka inti coklat sebab tu Esya letak coklat. 

5 comments:

  1. Trima kasih kongsi resepi .. Nnt nk cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Nanti kak ilah buat and bwk g parkson deh 😉 hahaha

      Delete
  2. nak cuba lah.. tq share resepi 😊😊

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. Guna butter bole x?

    ReplyDelete