Tempting sangat kan tengok ni dah lapar balik je.
Thursday, 29 November 2018
Resepi Steambot yang Sedap dan Mudah
Sunday, 27 May 2018
Tutu Skirt Terkini dan Murah
Okay jom cuci mata cepat.
Friday, 25 May 2018
Resepi Puding Karamel Yang Sedap dan Mudah
Okay #donedakwah haha. Jom sambung cerita pasal puding roti karamel. Sebenarnya umi Sya dah lama request nak makan puding karamel ni since first day puasa. Dan puding karamel ni favourite family Sya especially my brother. Sampai kalau dia nak keluar rumah lepastu ternampak Sya tengah buat puding karamel dia akan pesan untuk simpan sikit kat dia. Balik nanti nak makan. Kalau tak pesan memang kita serve pinggan kosong je kat dia haha.
Sebelum ni Sya selalu buat puding karamel guna telur dan guna agar-agar. Ni kali pertama Sya buat puding karamel guna roti. Tiga-tiga bahan ni punya tekstur yang berbeza tapi semua sedap nyumms. Atas citarasa masing-masing sebenarnya. Kalau macam Sya suka tekstur sedikit lembut so Sya lebih suka guna telur. Lain pula umi Sya dia suka puding karamel yang pejal. So Sya akan buat puding karamel guna agar-agar.
Bila Sya try buat puding roti karamel ni adik-adik memang suka sangat. Makan sampai tak ingat orang belakang. Yup tak dinafikan puding roti karamel ni pon sedap gila dan lebih mengenyangkan. Tekstur dia sedikit berat dan padat. Tapi sumpah sedap tak tipu!
Resepi ni Sya amik kat Facebook.Tapi lupa owner Facebook tu nama apa.Nanti kalau jumpa sya akan tag kat dia ye.
Ok jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan:
Karamel:
4 sudu besar gula
2 sudu besar air
Puding:
4 keping roti Gardenia
1 cawan air suam
1 cawan freshmilk@susucair
1/2 cawan susu pekat. (Gantikan dengan gula pon boleh.)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla.
Cara penyediaan:
-panaskan kukusan.
Karamel-
-masukkan gula dan 1 sudu besar air dalam periuk
-masak dengan api sederhana sehingga kekuningan
-kecilkan api dan masukkan sesudu air lagi, kacau cepat-cepat dan tuang dalam loyang
-ketepikan
Puding-
-carikkan roti dan masukkan dalam blender
-campur semua bahan ke dalam blender dan blend sebati
-tuang ke dalam loyang
-kukus 30-45minit atau sehingga masak
-sejukkan sebelum dipotong.
Oh yaa lupa nak bagitau yang kalau kita buat puding roti karamel ni sos karamel dia jadi sikit sebab diserap roti. So kepada korang yang suka makan puding sambil hirup sos karamel dia korang buat sos asing.Ni Sya sediakan sekali resepi sos karamelnya. Tapi yang sukatan banyak tau. Sebab Sya suka makan sos karamel banyak.
Tambahan sos karamel-
-1 1/2 cawan gula
- 3 cawan air - Step masak dia sama macam kat atas ye.
So guys selamat mencuba. Bulan Ramadhan lebih seronok kalau kita yang masakkan untuk keluarga kan ?
Sunday, 20 May 2018
Resepi Kerabu Meggi Simple dan Sedap
Ingat tau kalau korang nak buat kerabu meggi pastikan beli meggi yang warna merah atas ni. Kalau buat guna meggi lain pon okay tapi tak ckup kaw²
Wednesday, 4 April 2018
TIPS UNTUK KENAL PASTI TARIKH LUPUT KOSMETIK DAN PRODUK KECANTIKAN ANDA
Hai Assalamualaikum semua. Welcome back to myskinjourney. Harini Esya nak share tentang Tips Kenalpasti Tarikh Luput Kosmetik dan Produk Kecantikan anda.
Tak kiralah wanita atau lelaki korang mesti guna produk kecantikan, pembersih wajah dan badan kan? . Tapi adakah korang semua tahu mengenai tarikh luput produk yang digunakan?.
Sebelum tu apa kesannya menggunakan produk tamat tarikh luput ni? Meh Esya share sikit.
-produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan.
-takut memberi efek pada kulit(radang dan sebagainya).
Seperti makanan,produk kosmetik dan pembersihan ada yang letakkan tarikh tamat tempoh atau tarikh pembuatan contohnya "EXP 12/2015" dan "MFG 07/13" tapi tak semua berlabel macam tu.
So kat bawah ni Sya share mengikut jenis produk:
PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT
1)Pelembap,krim wajah dan krim mata:6 bulan sehingga 1 tahun. Krim yang diletakkan di dalam bekas boleh disimpan sehingga 9 bulan, manakala produk yang menggunakan pam boleh digunakan sehingga setahun.
2)pelindung matahari: 1 tahun. Ini dikawal selia oleh FDA. simpan di tempat yang jauh dari cahaya matahari untuk menghalang formula daripada menjadi tak stabil.
3)krim anti penuaan atau anti-jerawat:sehingga 1 tahun,bergantung pada bahan digunakan. Produk anti-jerawat yang mengandungi Benzoyl peroksida menjadi jangka hayat tiga bulan selepas dibuka. Produk dengan antioksidan seperti retinol, glycolic acid and vitamin c juga tak berkesan dalam masa cepat lepas dibuka.
4)syampu,perapi rambut dan produk rambut:1-2 tahun dibuka. 3 tahun jika belum dibuka.
ALAT SOLEK DAN HARUMAN
1)Perfume/cologne:2 tahun. Kena simpan dari cahaya matahari dan kelembapan.
2)Maskara:3 bulan. Dapatkan yang batu setiap 3 bulan dan jangan guna terus jika ia kering atau terkena jangkitan mata.
3)Foundation:6 bulan hingga 1 tahun.
4) Kosmetik berasaskan serbuk:2-3 tahun.
5)Gincu dan lipgloss:2 hingga 3 tahun.
6)Mata dan pensel bibir: 3 hingga 5 tahun. Tajamkan sebelum digunakan untuk memelihara formula produk.
P/S: Ni tips dari Sya untuk bantu anda supaya ingat bila tarikh tamat tempoh produk. Selepas membeli sesuatu produk tulis tarikh pembelian atau tarikh korang buka produk.
Ni contoh label yang ada di eyecream yang Esya guna.
Ni contoh tarikh pembuatan dan tarikh luput di botol supplement yang Esya guna.
So guyys kalau korang nak pastikan produk yang korang pakai tu selamat dan tak memudaratkan kulit wajah tolong pastikan yang anda guna sebelum tarikh luput ye.
Sumber dari wanista.com
Monday, 5 March 2018
A day well spent
Endup pakcik sya suggest pergi jalan² kat Damansara. Then kitorang lepak di Ikea. Makan Swedish meatball kat sana yummm
Wednesday, 28 February 2018
Resepi Donut Gebu sukatan Cawan
Punyalah konfiden iolls ni pon buat lah. Masalahnya Ana lambat sangat reply wasap so Esya pon guna Mr. Google la. Sekali resepi tu tak lengkap. Esya pon bantai buat² pandai masukkan air sejuk dengan banyaknya. Kemain konfiden kau Sya. Korang tahu doh tu jadi apa?? Jadi lembik sesangat dek kerana keangkuhan dan kesombongan ku. Sebabku derhaka dengan resepi sama.
Gelabah punya pasal, sebab dia lembik Esya pon tutup lah doh tu sambil² tunggu Ana reply wasap. Ya ampun minah ni memang susah nak reply wasap. Sabar jelah dapat adik gini. Ting. Ting. Ting. Dapat je wasap Ana cakap letak je tepung sampai dia tak melekat dia tangan. Iolls pon ikut perintah sajo. Buat apa yang disuruh dan tak mau derhaka pada resepi dah. Finally ia menjadiii. Rasa terharu sangat sebab first time buat donut and it taste good. Rasa bangga dengan diri sendiri. Ehhh riak balik dah.
Esya memang suka gilaaa donut yang Ana buat. Compare dengan Dunkin Donut or Big Apple Esya suka donut yang Ana buat lagi. Maybe sebab makan panas² lagi kot.
Sumpah kalau korang rasa donut ni korang akan rasa bangga sangat sebab dapat makan donut sedap sangatttt. Gigit je donut yang gebu dan masih panas tu korang akan rasa puas. Dengan gula yang cair di mulut lepastu kunyah donut yang gebu lepastu terpercik keluar coklat yang lemak manis memang membangkitkan selera betul.
So sini Esya nak share resepi Donut Gebu yang simple guna sukatan cawan je.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 1/2 cawan air suam
1/2 paket yis
3 sudu besar gula.
Cara-caranya:
Campurkan yis, gula, susu dan air suam lepastu kacau. Then biarkan dalam 15-30 minit atau sehingga kembang.
Dalam bekas lain masukkan marjerin dan tepung. Gaul rata. Selapas rata,masukkan campuran yis tadi ke dalam bekas tepung tu. Gaul rata semua bahan sehingga menjadi doh.
Kalau nak senang kacau sehingga doh tak melekat kat tangan.
Rehatkan doh selama sejam lepastu bolehlah bentukkan doh dan goreng.
Saturday, 24 February 2018
My first experiance
Friday, 16 February 2018
Uitm Arau Convocation
By the way, disebabkan harini tak tahu nak buat apa plus bosan yang amat Esya nak share dengan korang pengalaman konvokesyen Esya. Sebenarnya Esya konvo bulan Nov last year but baru nak story mory this day 😂. Pemalas is my bff. Lol.
So back to story, Esya memang takde mood nak pergi konvo time tu sebab tengah serabut dengan a lot of works. Sebab I kena handle Kejohanan Piala Dekan and I was like a zombie that day dengan tak cukup tidurnya then kena jaga sukan. Assignment bagai lepastu balik je dari konvo ada test and quiz. Omg I cannot brain what the h**l happen to me. But nahhh.ni Syasya kot. Everything will be ok.
Then a day before konvo tu baru I prepare nak ke Arau. You know what?? Tiket bas pon I beli last minute tau.. Petang balik dari kelas I pack barang siap² semua.
Lama dah bersiaran kat sini. Finally setelah hampir tiga tahun
























