Wednesday, 4 April 2018

TIPS UNTUK KENAL PASTI TARIKH LUPUT KOSMETIK DAN PRODUK KECANTIKAN ANDA

Hai Assalamualaikum semua. Welcome back to myskinjourney. Harini Esya nak share tentang Tips Kenalpasti Tarikh Luput Kosmetik dan Produk Kecantikan anda. 

Tak kiralah wanita atau lelaki korang mesti guna produk kecantikan, pembersih wajah dan badan kan? . Tapi adakah korang semua tahu mengenai tarikh luput produk yang digunakan?. 


Sebelum tu apa kesannya menggunakan produk tamat tarikh luput ni? Meh Esya share sikit. 

-produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan. 

-takut memberi efek pada kulit(radang dan sebagainya).


Seperti makanan,produk kosmetik dan pembersihan ada yang letakkan tarikh tamat tempoh atau tarikh pembuatan contohnya "EXP 12/2015" dan "MFG 07/13" tapi tak semua berlabel macam tu.


So kat bawah ni Sya share mengikut jenis produk:


PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT


1)Pelembap,krim wajah dan krim mata:6 bulan sehingga 1 tahun. Krim yang diletakkan di dalam bekas boleh disimpan sehingga 9 bulan, manakala produk yang menggunakan pam boleh digunakan sehingga setahun. 


2)pelindung matahari: 1 tahun. Ini dikawal selia oleh FDA. simpan di tempat yang jauh dari cahaya matahari untuk menghalang formula daripada menjadi tak stabil. 


3)krim anti penuaan atau anti-jerawat:sehingga 1 tahun,bergantung pada bahan digunakan. Produk anti-jerawat yang mengandungi Benzoyl peroksida menjadi jangka hayat tiga bulan selepas dibuka. Produk dengan antioksidan seperti retinol, glycolic acid and vitamin c juga tak berkesan dalam masa cepat lepas dibuka. 


4)syampu,perapi rambut dan produk rambut:1-2 tahun dibuka. 3 tahun jika belum dibuka. 


ALAT SOLEK DAN HARUMAN


1)Perfume/cologne:2 tahun. Kena simpan dari cahaya matahari dan kelembapan. 


2)Maskara:3 bulan. Dapatkan yang batu setiap 3 bulan dan jangan guna terus jika ia kering atau terkena jangkitan mata. 


3)Foundation:6 bulan hingga 1 tahun. 


4) Kosmetik berasaskan serbuk:2-3 tahun. 


5)Gincu dan lipgloss:2 hingga 3 tahun. 


6)Mata dan pensel bibir: 3 hingga 5 tahun. Tajamkan sebelum digunakan untuk memelihara formula produk. 


P/S: Ni tips dari Sya untuk bantu anda supaya ingat bila tarikh tamat tempoh produk. Selepas membeli sesuatu produk tulis tarikh pembelian atau tarikh korang buka produk. 



Ni contoh label yang ada di eyecream yang Esya guna. 


Ni contoh tarikh pembuatan dan tarikh luput di botol supplement yang Esya guna. 

So guyys kalau korang nak pastikan produk yang korang pakai tu selamat dan tak memudaratkan kulit wajah tolong pastikan yang anda guna sebelum tarikh luput ye. 

Sumber dari wanista.com